Saturday, 25 June 2016

Nursery Sports Day

Sharing the story of nursery sports day for my son Amir who's 4 years old. Parents were invited to attend the sports day. It was a lovely day after a few days of showers. It was very interesting to see the cute little ones, all nicely lined up and follow instructions...I found that some of the tasks were quite complicated and yet they managed somehow. The little ones received stickers after each completion ..how wonderful!!! Don't they all love stickers??!!


Run through the cones and throw ball into the hoop then run back


Penalty score!!!



The best part of the sports were the involvement of the senior ones in school (ie. the year 6 students)with the coordination from their P.E teacher. They really took the trouble to arrange, organize and manage all the sports activities. I believe that this will instill good values to them such as care, patience and love especially towards the younger ones. 

They all ended with a run
With the teacher

 Everyone had fun in the end...never thought I would enjoy sports day as much... haha :)



Tuesday, 21 June 2016

Persiapan Melancong ke luar negara - Bahagian 2 - Bab packing barang

Assalamualaikum,
Semoga kita semua ceria hari ini.

Catatan seterusnya di Bahagian 2 ialah panduan untuk mengemas barang-barang yang perlu dibawa. Bab yang paling meletihkan apabila nak travel...
Siap dikemas!!!

Pengenalan terma bagasi yang selalu digunakan :
1. Handbag - beg tangan ; biasanya untuk wanita
2. Hand Luggage - merujuk kepada bagasi yang akan dibawa bersama menaiki pesawat. Letakkan semua barang yang diperlukan semasa perjalanan ke dalam beg ini.
3. Check in Baggage - merujuk kepada beg besar yang diserahkan semasa check in untuk dimasukkan ke dalam perut pesawat. Beg ini tidak akan bersama kita dan hanya akan dapat semula setelah tiba di destinasi akhir. Oleh itu jangan lah letak barang yang kita perlu di dalam perjalanan ke dalam beg ini.
4. Stroller /kereta sorong bayi - tidak termasuk di dalam mana-mana kategori bagasi. dan boleh dibawa menaiki kapalterbang. Perlu maklumkan staf semasa check in supaya stroller tersebut diletakkan tanda tag penerbangan berkenaan.


Di sini disertakan info untuk hand luggage....
-Secara kebiasaannya, akan dibenarkan satu handbag/ bag laptop dan satu hand luggage.
- Hand luggage ini adalah beg kecil yang beratnya tidak melebihi 7kg (tapi berbeza juga had nya mengikut jenis penerbangan dan jenis tiket - kalau tiket business class mungkin lebih sedikit daripada kelas ekonomi). Elok disemak dengan syarikat penerbangan yang berkenaan.

Secara amnya... hand luggage perlu ada barang yang perlu sahaja...untuk kegunaan di perjalanan dan juga sewaktu mula sampai sebelum beg besar dibuka.
Tips: Bawa beg yang senang nak diangkut ke sana sini kerana hand luggage ini lah yang kita kena usung sendiri dari rumah hingga ke destinasi... (beg yang tidak di – check in). The best is backpack kerana boleh digalas.

Perlu juga buat semakan had barang cecair yang boleh bawa, berapa mililiter je (biasanya 100ml) jadi jangan la bawa botol minyak wangi, atau minyak apa yang melebihi had nya, nanti tak pasal kena buang saja barang itu...sayang aje. Kalau hendak ke Eropah dan Uk memang strict pasal had cecair ini. Jadi sebelum masuk ke pelepasan dan melalui sekuriti, sekiranya ada air mineral dalam botol ke, air masak dalam flask ke.., jus oren ke apa ke....semua kena kosongkan, samada diminum atau dibuang. Susu budak pun diorang hanya benarkan susu dalam bentuk cecair kalau budak kurang dari umur 3 tahun. Sekiranya anak berumur  lebih 3 tahun memang tidak dibenarkan bawa masuk susu yang dah siap dibancuh.  Jadi untuk kes sebegini, dicadangkan supaya beri anak minum susu siap-siap sebelum masuk ke pelepasan.

Benda tajam juga tak boleh dibawa seperti gunting, penyepit kuku, key chain tajam, barang besi yang tajam... jadi sila lah kepit kuku siap-siap kat rumah. Kalau nak bawa juga...masukkan dalam beg besar. Pin tudung yang tajam juga masukkan ke dalam beg besar.

Abih...semua tak boleh bawa... nak bawa apa je? Sila rujuk di bawah :)

1. Senarai dokumen/ item yang perlu dalam handbag:
(Barang di dalam handbag ini hendaklah sentiasa dijaga dengan baik kerana sangat penting untuk tujuan perjalanan)
1.       Paspot antarabangsa
2.       Tiket
3.       Wang mengikut negara mana yang nak pergi
. .    Dokumen lain yang diperlukan.
** Kalau beli tiket  secara berkumpulan... lantik ketua kumpulan dan biarlah dia seorang saja yang pegang tiket dan paspot untuk tujuan check in, tapi masa check in semua kena ada di kaunter check in bersama. Selepas check in, boleh lah serahkan paspot dan boarding pass kapalterbang kepada semua ahli untuk dipegang sendiri jika perlu.

Tips penting: Paspot dan tiket hendaklah diawas rapi - biarlah sentiasa bersama kita dan jangan beri kepada sesiapa untuk tolong pegangkan - kecuali kepada orang yang bersama kita. 

2. Senarai keperluan di dalam hand luggage: 
1.       Pakaian sepersalinan
2.       Tuala kecil - untuk lap muka atau badan
3.       Telekung - untuk wanita ( kalau tak nak pun tidak apa...guna tudung saja) – terpulang kepada kesesuaian masing-masing
4.       Toiletteries – berus gigi, ubat gigi, krim dsb (bawa yang  tiub kecil sekali – sebab ada limit barang cecair yang boleh bawa)
5.       Baju sejuk - dalam kapalterbang selalu nya sejuk
6.       Ubat-ubatan (sekiranya perlu)
7.       Sekiranya ada anak kecil - bawa bekalan yang lebih...jangan tidak cukup.
a.       susu dan perkakasan untuk membuat susu (Buat anggaran berapa kali minum, seeloknya susu diletak dalam bekas yang sudah disukat supaya mudah untuk menuang nanti)
b.      Lampin pakai buang
c.       Mainan kegemaran - bear ke, bantal busyuk ke
8.       Barang lain yang dirasakan perlu

**Peringatan penting : Hand luggage dan handbag perlu lah sentiasa berada dengan kita walaupun nak ke tandas... jangan tinggalkan dengan orang yang kita tidak dikenali ...atau jangan nak tolong jaga kan beg orang yang kita tidak kenal.


Seterusnya disertakan Info untuk check in luggage (beg besar)
-Beg ini boleh la nak dimasukkan apa sahaja...tapi jangan la bawa barang terlarang seperti bahan api ke, bahan yang boleh meletup. Rujuk maklumat barang-barang yang tidak boleh dibawa menaiki pesawat.

-Beg hendaklah di kemas rapi. Tanda beg kita supaya mudah dikenali dan orang tak tersalah ambil beg kita...maklumlah kekadang beg ni rupa dia sama saja.

-Barang-barang cecair yang mudah tumpah perlu dibungkus kemas dan dibalut dengan plastik...seperti cecair dalam botol, krim dsb.

-Barang makanan perlu perlu dikemas rapi supaya tak tumpah dan tak berbau. Rujuk juga dengan negara yang hendak dilawati tentang barang makanan yang tidak boleh dibawa... lain negara lain syaratnya. 

-Sekiranya ada barang dalam bekas kaca, boleh dibalut dengan kertas atau kain supaya tidak pecah.

-Timbang beg semasa kat rumah menggunakan penimbang yang ada untuk anggaran berat bagasi supaya tidak melebihi had yang dibenarkan. (Semak had bagasi yang dibenarkan mengikut syarikat penerbangan dan tiket yang dibeli - ada yang had 23kg, ada juga yang had 30kg) Pastikan beg tidak melebihi had yang dibenarkan. **Ada kes yang kena punggah beg untuk kurangkan berat sebab beg dah terlebih berat. 

-Bila dah siap, kunci beg menggunakan mangga kecil dan simpan kunci dalam handbag. Ada juga beg yang mempunyai nombor kombinasi. Sekiranya terdapat lebih dari satu beg...label kunci dan mangga itu supaya tidak kelam kabut sekiranya beg perlu dibuka untuk semakan pihak kastam dsb.


- Setiba di lapangan terbang, boleh juga pergi ke kaunter membungkus bagasi dengan palstic wrap sebelum ke kaunter check in. 

- Selepas itu boleh lah ke kaunter check in dan serahkan bagasi besar juga untuk check ini. 

- Beg ini akan dapat semula setelah tiba di destinasi terakhir nanti. 

Sekian....kisah yang panjang berjela...moga bermanfaat buat semua. Maaf diminta sekiranya info ini tidak lengkap. Saya hanya menulis berdasarkan pengalaman setakat ini. Mungkin juga ada maklumat yang tidak dimuatkan di sini...

Terima kasih kerana sudi membaca :)

Jumpa lagi di lain lembaran.

Wassalam.


Monday, 20 June 2016

Persiapan melancong ke luar negara - Bahagian 1

Baru- baru ini ada rombongan cik kiah dari Malaysia datang melawat kami di UK ini. Mereka menaiki penerbangan Etihad Airways yang mempunyai jadual transit di Abu Dhabi, iaitu singgah sebentar di Abu Dhabi untuk menukar pesawat sebelum meneruskan perjalanan ke UK. Sudahlah kali pertama mereka nak melancong jauh ke negara Eropah, ditambah pula dengan menaiki penerbangan yang mempunyai tempoh transit (iaitu bukan penerbangan terus tanpa henti ke destinasi). Oleh itu, kami pun menyiapkan info untuk rujukan mereka bagi persiapan sebelum, semasa dan selepas ketibaan. Karang punya karang...rupa-rupanya sangat panjang cerita nya, boleh buat banyak bab. 

Oleh kerana maklumbalas mereka bahawa panduan ini sangat membantu, hati ini tergerak pula untuk berkongsi info dan tips ini untuk semua agar dapat dimanfaatkan terutamanya kalau yang belum biasa ke luar negara. Tips ini sekadar panduan dan perlu disesuaikan serta diolah mengikut kesesuaian masing-masing tetapi secara amnya beginilah persediaannya.

Saya mulakan Bahagian 1 ini dengan mengambilkira tiket penerbangan sudah ditempah dan paspot antarabangsa juga sudah siap. Jadi tiada cerita membeli tiket dan membuat paspot ye :)

Bahagian 1:

Persiapan sebelum berlepas (seminggu sebelum)
1
Pastikan dokumen semua lengkap

            -Paspot antarabangsa belum tamat tempoh

           -Tiket kapalterbang semua sudah siap dicetak untuk dibawa

           - Duit yang perlu sudah siap ditukar mengikut matawang yang perlu (semak matawang negara yang nak  dilawati contoh kalau nak ke UK kena tukar matawang pound sterling (£), kalau ke US  tukar lah ke US dollar, kalau nak ke bandar-bandar negara eropah lain seperti Paris,  Amsterdam, dll perlukan matawang Euro)

          -  Siapkan dokumen lain2 yang perlu- kalau ada checklist barang, surat doktor dsb sudah  siap dicetak untuk dibawa
2.
Kemas barang-barang

            -Pastikan bawa barang yang perlu sahaja (buat senarai semak apa yang hendak dibawa).  Barang keperluan ini bergantung kepada tempat yang hendak dituju dan perlu juga  semak musim pada tarikh yang hendak dilawati supaya barang yang dibawa itu sesuai  dengan cuaca tempatan. Kalau di UK ini semua musim tetap sejuk berbanding dengan  Malaysia...walaupun dikatakan musim panas di UK.  

            - Sekiranya terdapat sesiapa yang mengirim barang untuk dibawa, pastikan kita tahu  apakah barang itu... supaya tidak bawa barang terlarang...nanti yang kena tahan tu kita.  Kena berhati-hati kerana sekuriti di lapangan terbang sini sangat ketat. 

Sehari sebelum berlepas

            - Buat semakan sekali lagi dokumen dan barang yang perlu dibawa ( harap-harapnya  tiada lagi yang belum selesai)

          - Banyakkan rehat dan tenangkan fikiran – nak jalan jauhhh tu J

          - Jaga pemakanan juga supaya perut tidak meragam di perjalanan nanti. Elakkan memakan yang sangat pedas atau makanan yang tidak biasa dimakan. Tips ini nampaknya remeh tetapi sangat penting terutama sekiranya nak ke tempat yang belum pernah dilawati...maklumlah nanti nak mencari tandas di mana pun tidak tahu ketika kecemasan....huhu.

           - Sekiranya melancong dengan rombongan maka berjanjilah  dengan ahli rombongan lain waktu dan tempat untuk bertemu. Seeloknya bergerak bersama atau pun tetapkan lokasi dan masa untuk berjumpa. Lebih baik tetapkan masa yang lebih awal dan tepati lah masa, supaya tidak tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas dan sebagainya..

Begitu lah sedikit sebanyak kisah untuk perjalanan ke luar negara...bagi yang sudah biasa nampaknya mudah kan, tapi kepada yang belum pernah...semua ini akan menjadi isu yang menjadi kegusaran...hehe. Nantikan catatan selanjutnya...kita sembang bab barang-barang yang hendak dibawa pula..... InshaAllah.

Penat dah membaca... kita belanja satu gambar pemandangan taman menghijau di musim panas di UK. Pada musim ini suhunya sekitar 17-25C... yang sebenarnya tidak lah panas mana jika dibandingkan dengan Malaysia. Pelawat dari Malaysia tetap memerlukan baju panas atau light sweater sekiranya berkunjung di musim panas ini.


Pemandangan di taman - Musim panas di UK  (May 2015)

Tuesday, 14 June 2016

Ramadhan 1437H


Salam Ramadhan di perantuan....Tahun ini merupakan tahun ketiga kami berpuasa di bumi UK ini. Ramadhan di perantuan memberi seribu satu makna... segalanya berbeza. Yang nyata..tempoh berpuasa sangat lama iaitu selama 18 jam ++ kerana pada waktu ini adalah musim panas  di kawasan hemisfera utara di mana siangnya panjang dan malam sangat pendek. Namun begitu, tahun ini adalah lebih singkat jika dibanding dengan dua tahun yang lalu yang mencecah 19 jam lebih.

Senja 1 Ramadhan 9.30pm
Walau demikian, suhu yang kurang panas dan nyaman sekitar 17-20C sangat membantu situasi berpuasa di sini. Ada juga hari yang suhunya mencecah 25-27C..(terasa panasnya..) Dua tiga hari ini, hujan sahaja sepanjang hari, jadi tidak terasa lapar dan dahaga...cuma terasa kepenatan sedikit kerana waktu berpuasa yang lama.

Kami bersahur pada jam 2.45 pagi kerana waktu subuh sekitar 3.15 pagi. Awal kan? Kemudian kami tidur semula (tiada lah tajuk tidak tidur selepas subuh...) Jadual kami di bulan puasa sangat lah berubah kerana mengambilkira waktu berbuka dan bersahur... memang lah terasa tidak cukup tidur kerana waktu malam singkat. Maka jadilah rutin harian kami seperti di bawah ni.
2.30 pagi bangun sediakan sahur
2.45 pagi – sahur
3.15 pagi – subuh. Lepas subuh tidur semula
7.00-7.30 pagi - bangun untuk siapkan anak-anak ke sekolah
8.30 pagi - hantar anak-anak ke sekolah
Fast forward petang...
3.30 petang - anak-anak balik sekolah
7.00-8.00 petang - masuk dapur nak masak untuk berbuka puasa. kadana-kadang tu 8.30 baru mula masak.
9.40 malam - waktu berbuka...maghrib. Kami berbuka di rumah aje :)
11.30 malam -tidur . Biasanya setelah selesai sembahyang , jam sudah mencecah pukul 11.30 malam.
2.30 pagi bangun lagi.... begitu lah seterusnya..........

Waktu siangnya banyak masa yang boleh dimanfaatkan... InshaAllah.
Alhamdulillah...bersyukur di atas nikmat dapat merasakan pengalaman berpuasa di sini.

WELCOME TO MY NEW BLOG!!

A warm welcome to my blog...
Finally it materialises!!! After a long attempt and effort....

Will be posting my favourite precious moments.. in Malay and English language where appropriate..
Stay tuned!!!