Monday, 20 June 2016

Persiapan melancong ke luar negara - Bahagian 1

Baru- baru ini ada rombongan cik kiah dari Malaysia datang melawat kami di UK ini. Mereka menaiki penerbangan Etihad Airways yang mempunyai jadual transit di Abu Dhabi, iaitu singgah sebentar di Abu Dhabi untuk menukar pesawat sebelum meneruskan perjalanan ke UK. Sudahlah kali pertama mereka nak melancong jauh ke negara Eropah, ditambah pula dengan menaiki penerbangan yang mempunyai tempoh transit (iaitu bukan penerbangan terus tanpa henti ke destinasi). Oleh itu, kami pun menyiapkan info untuk rujukan mereka bagi persiapan sebelum, semasa dan selepas ketibaan. Karang punya karang...rupa-rupanya sangat panjang cerita nya, boleh buat banyak bab. 

Oleh kerana maklumbalas mereka bahawa panduan ini sangat membantu, hati ini tergerak pula untuk berkongsi info dan tips ini untuk semua agar dapat dimanfaatkan terutamanya kalau yang belum biasa ke luar negara. Tips ini sekadar panduan dan perlu disesuaikan serta diolah mengikut kesesuaian masing-masing tetapi secara amnya beginilah persediaannya.

Saya mulakan Bahagian 1 ini dengan mengambilkira tiket penerbangan sudah ditempah dan paspot antarabangsa juga sudah siap. Jadi tiada cerita membeli tiket dan membuat paspot ye :)

Bahagian 1:

Persiapan sebelum berlepas (seminggu sebelum)
1
Pastikan dokumen semua lengkap

            -Paspot antarabangsa belum tamat tempoh

           -Tiket kapalterbang semua sudah siap dicetak untuk dibawa

           - Duit yang perlu sudah siap ditukar mengikut matawang yang perlu (semak matawang negara yang nak  dilawati contoh kalau nak ke UK kena tukar matawang pound sterling (£), kalau ke US  tukar lah ke US dollar, kalau nak ke bandar-bandar negara eropah lain seperti Paris,  Amsterdam, dll perlukan matawang Euro)

          -  Siapkan dokumen lain2 yang perlu- kalau ada checklist barang, surat doktor dsb sudah  siap dicetak untuk dibawa
2.
Kemas barang-barang

            -Pastikan bawa barang yang perlu sahaja (buat senarai semak apa yang hendak dibawa).  Barang keperluan ini bergantung kepada tempat yang hendak dituju dan perlu juga  semak musim pada tarikh yang hendak dilawati supaya barang yang dibawa itu sesuai  dengan cuaca tempatan. Kalau di UK ini semua musim tetap sejuk berbanding dengan  Malaysia...walaupun dikatakan musim panas di UK.  

            - Sekiranya terdapat sesiapa yang mengirim barang untuk dibawa, pastikan kita tahu  apakah barang itu... supaya tidak bawa barang terlarang...nanti yang kena tahan tu kita.  Kena berhati-hati kerana sekuriti di lapangan terbang sini sangat ketat. 

Sehari sebelum berlepas

            - Buat semakan sekali lagi dokumen dan barang yang perlu dibawa ( harap-harapnya  tiada lagi yang belum selesai)

          - Banyakkan rehat dan tenangkan fikiran – nak jalan jauhhh tu J

          - Jaga pemakanan juga supaya perut tidak meragam di perjalanan nanti. Elakkan memakan yang sangat pedas atau makanan yang tidak biasa dimakan. Tips ini nampaknya remeh tetapi sangat penting terutama sekiranya nak ke tempat yang belum pernah dilawati...maklumlah nanti nak mencari tandas di mana pun tidak tahu ketika kecemasan....huhu.

           - Sekiranya melancong dengan rombongan maka berjanjilah  dengan ahli rombongan lain waktu dan tempat untuk bertemu. Seeloknya bergerak bersama atau pun tetapkan lokasi dan masa untuk berjumpa. Lebih baik tetapkan masa yang lebih awal dan tepati lah masa, supaya tidak tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas dan sebagainya..

Begitu lah sedikit sebanyak kisah untuk perjalanan ke luar negara...bagi yang sudah biasa nampaknya mudah kan, tapi kepada yang belum pernah...semua ini akan menjadi isu yang menjadi kegusaran...hehe. Nantikan catatan selanjutnya...kita sembang bab barang-barang yang hendak dibawa pula..... InshaAllah.

Penat dah membaca... kita belanja satu gambar pemandangan taman menghijau di musim panas di UK. Pada musim ini suhunya sekitar 17-25C... yang sebenarnya tidak lah panas mana jika dibandingkan dengan Malaysia. Pelawat dari Malaysia tetap memerlukan baju panas atau light sweater sekiranya berkunjung di musim panas ini.


Pemandangan di taman - Musim panas di UK  (May 2015)

No comments:

Post a Comment