Tuesday, 14 June 2016

Ramadhan 1437H


Salam Ramadhan di perantuan....Tahun ini merupakan tahun ketiga kami berpuasa di bumi UK ini. Ramadhan di perantuan memberi seribu satu makna... segalanya berbeza. Yang nyata..tempoh berpuasa sangat lama iaitu selama 18 jam ++ kerana pada waktu ini adalah musim panas  di kawasan hemisfera utara di mana siangnya panjang dan malam sangat pendek. Namun begitu, tahun ini adalah lebih singkat jika dibanding dengan dua tahun yang lalu yang mencecah 19 jam lebih.

Senja 1 Ramadhan 9.30pm
Walau demikian, suhu yang kurang panas dan nyaman sekitar 17-20C sangat membantu situasi berpuasa di sini. Ada juga hari yang suhunya mencecah 25-27C..(terasa panasnya..) Dua tiga hari ini, hujan sahaja sepanjang hari, jadi tidak terasa lapar dan dahaga...cuma terasa kepenatan sedikit kerana waktu berpuasa yang lama.

Kami bersahur pada jam 2.45 pagi kerana waktu subuh sekitar 3.15 pagi. Awal kan? Kemudian kami tidur semula (tiada lah tajuk tidak tidur selepas subuh...) Jadual kami di bulan puasa sangat lah berubah kerana mengambilkira waktu berbuka dan bersahur... memang lah terasa tidak cukup tidur kerana waktu malam singkat. Maka jadilah rutin harian kami seperti di bawah ni.
2.30 pagi bangun sediakan sahur
2.45 pagi – sahur
3.15 pagi – subuh. Lepas subuh tidur semula
7.00-7.30 pagi - bangun untuk siapkan anak-anak ke sekolah
8.30 pagi - hantar anak-anak ke sekolah
Fast forward petang...
3.30 petang - anak-anak balik sekolah
7.00-8.00 petang - masuk dapur nak masak untuk berbuka puasa. kadana-kadang tu 8.30 baru mula masak.
9.40 malam - waktu berbuka...maghrib. Kami berbuka di rumah aje :)
11.30 malam -tidur . Biasanya setelah selesai sembahyang , jam sudah mencecah pukul 11.30 malam.
2.30 pagi bangun lagi.... begitu lah seterusnya..........

Waktu siangnya banyak masa yang boleh dimanfaatkan... InshaAllah.
Alhamdulillah...bersyukur di atas nikmat dapat merasakan pengalaman berpuasa di sini.

No comments:

Post a Comment