Assalamualaikum,
Semoga kita semua ceria hari ini.
Catatan seterusnya di
Bahagian 2 ialah panduan untuk mengemas barang-barang yang perlu dibawa. Bab yang paling meletihkan apabila nak travel...
 |
Siap dikemas!!! |
Pengenalan terma bagasi yang selalu digunakan :
1. Handbag - beg tangan ; biasanya untuk wanita
2. Hand Luggage - merujuk kepada bagasi yang akan dibawa bersama menaiki pesawat. Letakkan semua barang yang diperlukan semasa perjalanan ke dalam beg ini.
3. Check in Baggage - merujuk kepada beg besar yang diserahkan semasa check in untuk dimasukkan ke dalam perut pesawat. Beg ini tidak akan bersama kita dan hanya akan dapat semula setelah tiba di destinasi akhir. Oleh itu jangan lah letak barang yang kita perlu di dalam perjalanan ke dalam beg ini.
4. Stroller /kereta sorong bayi - tidak termasuk di dalam mana-mana kategori bagasi. dan boleh dibawa menaiki kapalterbang. Perlu maklumkan staf semasa check in supaya stroller tersebut diletakkan tanda tag penerbangan berkenaan.
Di sini disertakan
info untuk hand luggage....
-Secara kebiasaannya, akan dibenarkan satu handbag/ bag laptop dan satu
hand luggage.
- Hand luggage ini adalah beg kecil yang beratnya tidak melebihi 7kg (tapi berbeza juga had nya mengikut jenis penerbangan dan jenis tiket - kalau tiket business class mungkin lebih sedikit daripada kelas ekonomi). Elok disemak dengan syarikat penerbangan yang berkenaan.
Secara amnya... hand luggage perlu ada barang yang perlu sahaja...untuk kegunaan di perjalanan dan juga sewaktu mula sampai sebelum beg besar dibuka.
Tips: Bawa beg yang senang nak
diangkut ke sana sini kerana hand luggage ini lah yang kita kena usung sendiri
dari rumah hingga ke destinasi... (beg yang tidak di – check in). The best is backpack kerana boleh digalas.
Perlu juga buat semakan had barang cecair yang boleh bawa, berapa mililiter je (biasanya 100ml) jadi jangan la bawa botol minyak wangi, atau minyak apa yang melebihi had nya, nanti tak pasal kena buang saja barang itu...sayang aje. Kalau hendak ke Eropah dan Uk memang strict
pasal had cecair ini. Jadi sebelum masuk ke pelepasan dan melalui sekuriti, sekiranya ada air mineral dalam botol ke, air masak dalam flask ke.., jus oren ke apa ke....semua kena kosongkan, samada diminum atau dibuang. Susu budak pun diorang hanya benarkan susu dalam bentuk cecair kalau budak kurang dari umur 3 tahun. Sekiranya anak berumur lebih 3 tahun memang tidak dibenarkan bawa masuk susu yang dah siap dibancuh. Jadi untuk kes sebegini, dicadangkan supaya beri anak minum susu siap-siap sebelum masuk ke pelepasan.
Benda tajam juga tak boleh dibawa seperti gunting, penyepit kuku, key
chain tajam, barang besi yang tajam... jadi sila lah kepit kuku siap-siap kat rumah. Kalau nak bawa juga...masukkan
dalam beg besar. Pin tudung yang tajam juga masukkan ke dalam beg besar.
Abih...semua tak boleh bawa... nak bawa apa je? Sila rujuk di bawah :)
1. Senarai dokumen/
item yang perlu dalam handbag:
(Barang di dalam handbag ini hendaklah sentiasa dijaga dengan baik kerana sangat penting untuk tujuan perjalanan)
1.
Paspot antarabangsa
2.
Tiket
3.
Wang mengikut negara mana yang nak pergi
. . Dokumen lain yang diperlukan.
** Kalau beli tiket
secara berkumpulan... lantik ketua kumpulan dan biarlah dia seorang saja yang pegang tiket dan paspot
untuk tujuan check in, tapi masa check in
semua kena ada di kaunter check in bersama. Selepas check in, boleh lah serahkan paspot dan boarding pass kapalterbang kepada semua ahli untuk dipegang sendiri jika perlu.
Tips penting: Paspot dan tiket hendaklah diawas rapi - biarlah sentiasa bersama kita dan jangan beri kepada sesiapa untuk tolong pegangkan - kecuali kepada orang yang bersama kita.
2. Senarai keperluan di dalam hand luggage:
1.
Pakaian sepersalinan
2.
Tuala kecil - untuk lap muka atau badan
3.
Telekung - untuk wanita ( kalau tak nak pun tidak apa...guna tudung saja)
– terpulang kepada kesesuaian masing-masing
4.
Toiletteries – berus gigi, ubat gigi, krim dsb (bawa
yang tiub kecil sekali – sebab ada limit
barang cecair yang boleh bawa)
5.
Baju sejuk - dalam kapalterbang selalu nya sejuk
6.
Ubat-ubatan (sekiranya perlu)
7. Sekiranya ada anak kecil - bawa bekalan yang lebih...jangan tidak cukup.
a.
susu dan perkakasan untuk membuat susu (Buat anggaran berapa
kali minum, seeloknya susu diletak dalam bekas yang sudah disukat supaya mudah untuk menuang nanti)
b. Lampin pakai buang
c.
Mainan kegemaran - bear ke, bantal busyuk ke
8. Barang lain yang dirasakan perlu
**Peringatan penting
:
Hand luggage dan handbag perlu lah sentiasa berada dengan kita walaupun nak ke tandas...
jangan tinggalkan dengan orang yang kita tidak dikenali ...atau jangan nak
tolong jaga kan beg orang yang kita tidak kenal.
Seterusnya disertakan Info untuk check
in luggage (beg besar)
-Beg ini boleh la nak dimasukkan apa sahaja...tapi jangan la bawa
barang terlarang seperti bahan api ke, bahan yang boleh meletup. Rujuk maklumat barang-barang yang tidak boleh dibawa menaiki pesawat.
-Beg hendaklah di kemas rapi. Tanda beg kita supaya mudah dikenali dan orang tak tersalah
ambil beg kita...maklumlah kekadang beg ni rupa dia sama saja.
-Barang-barang cecair yang mudah tumpah perlu dibungkus kemas dan dibalut
dengan plastik...seperti cecair dalam botol, krim dsb.
-Barang makanan perlu perlu dikemas rapi supaya tak tumpah dan tak
berbau. Rujuk juga dengan negara yang hendak dilawati tentang barang makanan yang tidak boleh dibawa... lain negara lain syaratnya.
-Sekiranya ada barang dalam bekas kaca, boleh dibalut dengan kertas atau kain supaya tidak pecah.
-Timbang beg semasa kat rumah menggunakan penimbang yang ada untuk anggaran berat bagasi supaya tidak melebihi had yang dibenarkan. (Semak had bagasi yang dibenarkan mengikut syarikat penerbangan dan tiket yang dibeli - ada yang had 23kg, ada juga yang had 30kg) Pastikan beg tidak melebihi had yang dibenarkan. **Ada kes yang kena punggah beg untuk kurangkan berat sebab beg dah terlebih berat.
-Bila dah siap, kunci beg menggunakan mangga kecil dan simpan
kunci dalam handbag. Ada juga beg yang mempunyai nombor kombinasi. Sekiranya terdapat lebih dari satu beg...label kunci dan mangga itu supaya
tidak kelam kabut sekiranya beg perlu dibuka untuk semakan pihak kastam dsb.
- Setiba di lapangan terbang, boleh juga pergi ke kaunter membungkus bagasi dengan palstic wrap sebelum ke kaunter check in.
- Selepas itu boleh lah ke kaunter check in dan serahkan bagasi besar juga untuk check ini.
- Beg ini akan dapat semula setelah tiba di destinasi terakhir nanti.
Sekian....kisah yang panjang berjela...moga bermanfaat buat semua. Maaf diminta sekiranya info ini tidak lengkap. Saya hanya menulis berdasarkan pengalaman setakat ini. Mungkin juga ada maklumat yang tidak dimuatkan di sini...
Terima kasih kerana sudi membaca :)
Jumpa lagi di lain lembaran.
Wassalam.